Syukur kepada Allah Azza Wa Jalla,semalam telah berjalan dengan lancar program Pendidikan Sepanjang Hayat anjuran Management and Science University (MSU),PTPL,serta Utusan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.
Program ini telah dihadiri oleh sekolah-sekolah disekitar daerah Seremban dan kami di SMKPZ telah menjadi tuan rumah bagi program ini.
Mudah diperkatakan bahawa program ini telah berjaya menyuntik semangat kerjasama,keterampilan,keyakinan dalam kalangan pelajar atau dikenali sebagai soft skills.
Pada awal program kami telah mempelajari teknik,menjawab soalan Matematik Moden oleh guru cemerlang Matematik,Puan Noraini binti Kassim dari Sekolah Menengah Sains Seremban.
saudara shukri mencari kemanisan iman tatkala berjemuran
Pada sesi kedua pula kami telah menyertai program Explorace di sekitar kawasan sekolah,melaksanakan pelbagai checkpoint yang disediakan oleh pihak fasilitator.
Beramah mesra bersama Tuan Besar LPP sewaktu acara penyampaian hadiah
Apapun,kami menyucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak MSU,PTPL,Utusan Malaysia serta PPD kerana telah memberi kami pendedahan terhadap perancangan dan hala tuju yang boleh diambil para pelajar pada masa yang akan datang.
*kredit imej kepada Biro Fotografi Majalah Sekolah SMKPZ sesi 2010
Saturday, March 6, 2010
Program Pendidikan Sepanjang Hayat
Posted by PSS SMK Pendeta Za'ba at 10:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment