*Dipetik dari blog pengerusi PSSSMKPZ.
Alhamdullilah,peluang ini saya akan share sedikit sebanyak kepada teman-teman pembaca tentang keperluan untuk kita (Muslim) taat kepada pemimpin.
Ketaatan kepada Pemimpin
Hari ini barangkali ramai dari kalangan kita memprotes dan menyatakan bahawa demi membaikpulih keadaan politik sedia ada di negara kita,kekerasan perlu digunakan dan rakyat harus bangkit dan menentang kezaliman pemimpin.
Alangkah rugi mereka yang berpendapat sebegini
Islam adalah agama yang mana segala urusan dalam kehidupan ada penjelasannya.
Pada hari ini telah kami lengkapkan agama kamu,penuhi segala nikmatmu dan ridha akan Islam sebagai cara hidup kamu
Surat Al Maidah 5:3
Islam juga adalah agama yang menuntut dari orang yang mengaku mengikutinya supaya taat kepada mereka yang memegang tampuk kuasa,sekalipun kita tidak bersetuju dengan mereka.
Taatlah kepada Allah,taatlah kepada Rasul,dan taatlah kepada pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu berselisih tentang sesuatu,kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasulnya,jika kamu mempercayai akan Allah dan hari akhirat. Inilah jalan terbaik dan lebih baik akibatnya.
Surat An Nisa 4:49
Akan datang pemimpin yang tidak mengikuti ajaran ku dan Sunnahku. Dalam kalangan mereka ada yang berhati syaitan dalam badan manusia. Maka ditanyakan kepada Rasulullah "Apa yang aku patut lakukan jika aku hidup pada masa itu?" Rasulullah menjawab: Kamu patut dengar dan taat kepada pemimpin kamu,sekalipun belakang kamu disebat oleh nya dan harta kamu dirampasnya,Kamu masih patut dengar dan taat kepada pemimpin kamu.
Sahih Muslim Kitab Al-Imara Hadis #4554
Diriwayatkan oleh Auf ibn Malik bahawa Nabi Sallahualaihiwassalam berkata: Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang sayang akan kamu dan kamu sayang akan mereka,yang mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Dan seburuk-seburuk pemimpin kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu,mereka memaki kamu dan kamu memaki mereka. Maka ditanya oleh mereka yang hadir: "Patutkah kita menumbangkan mereka dengan bantuan pedang?" Nabi menjawab: Tidak selagi mereka solat. Jika kamu melihat akan perkara yang tidak disukai dalam pemerintahan mereka,bencilah mereka tetapi jangan keluarkan diri kamu dari ketaatan terhadap mereka.
Sahih Muslim Kitab Al-Imara Hadis #4573
Maka bukan sahaja amalan protes dan demonstrasi ini ditentang oleh Nabi malah membawa kesan yang lebih buruk yang kita jarang kali terlintas dalam benak dada kita:
- Perpecahan dalam ummah
- Ketidakstabilan politik
- Kemunduran dan merudumnya ekonomi
- Dipandang remeh dan dijenakakan oleh golongan non-muslim
- Masalah yang ingin diselesaikan tidak tercapai matlamatnya bahkan membawa konsekuensi yang lebih buruk
Maka akan muncullah golongan pemimpin seperti mana yang dibicarakan melalui Hadis yang diriwayatkan oleh Auf ibn Malik tadi. Akhirnya umat Islam akan ditimpa masalah dan kehinaan di muka bumi seperti mana yang kita lihat berlaku di hadapan mata kita sekarang ini.
Cara mendatangkan kejaayan
Maka oleh sebab demikian,Islam tidak menuntut malah melarang umatnya untuk menggunakan kekerasan bagi mengembalikan kedamaian dan kemajuan sosioekonomi.
Dalam masa yang sama,ia tidak melarang kita untuk berselisih pendapat dan tidak bersetuju dengan tindak-tanduk pemimpin kita.
Cuma,yang membezakan kita dan mereka adalah cara mengendalikan konflik dan tidak persetujuan kita dengan pemimpin.
- Beriman dan beramal salih
- Hikmah
Allah menjanjikan dalam kalangan kamu yang beriman dan beramal soleh yang Allah semestinya akan mengurniakan kepada mereka kekuasaan di muka bumi,memperteguhkan agama mereka yang Allah telah ridha terhadapnya serta menukarkan dari ketakutan,keselamatan. Mereka menyembah Aku dan tidak mempersetukukan Aku dengan perkara lain
Surat An Nisa 24:55
Sesungguhnya Allah akan menolong mereka yang menolong agamanya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.Mereka adalah orang yang jika kami berikan kepada mereka kekuasaan,mereka menunaikan solat,menunaikan zakat,menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang mungkar.Dan kepada Allahlah kembalilah segala urusan.
Surat Al Hajj 22:40-41
Serulah mereka ke Jalan Allah dengan Hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara baik.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sesiapa yang sudah tersesat dari Jalan-Nya,dan Allah-lah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Surat An Nahl 16:125
Sesiapa yang menginginkan untuk menasihati mereka yang memegang tampuk kuasa,maka dia tidak boleh melakukannya dengan terbuka. Namun,dia patut memegang tangan (pemimpin) mereka dan nasihati mereka bersendirian. Dan jika ia menerima nasihat itu,maka telah terselesailah matlamat kamu. Jika dia tidak menerima nasihat kamu,maka ia telah melaksanakan tugas yang diletakkan atas dirinya.
Hadis riwayat Imam Ahmad
Beberapa hikmah untuk diambil kira
- Imam Ahmad juga disebat oleh pemerintah Al Mu'tasim kerana Imam Ahmad Rahimahullah mendapat tentangan dari golongan Muktazilah yang hasad dan benci terhadap Imam Ahmad,barangkali Imam Ahmad menjadi ancaman terhadap kepentingan mereka dan posisi mereka dalam pemerintahan. Namun Imam Ahmad tidak pernah menyuruh pengikutnya untuk memberontak dan protes sebaliknya tetap taat terhadap pemerintah yang zalim.
- Imam Asy-Syafie Rahimahullah diheret dengan rantai dari Yaman ke Baghdad oleh pemerintah Harun Ar Rasyid kerana disyaki menyokong pemberontakan oleh golongan Alawiyyin. Namun tidak pernah beliau memberontak pemerintahnya itu.Sebaliknya cobaan itu telah menjadi satu hikmah dari Allah Azza Wa Jalla yang akhirnya mempertemukan beliau dengan Muhammad Hassan Asy-Syaibani yang akhirnya dia telah menuntut dan berkongsi ilmu bersama Imam Asy Syafie.
Oleh sebab itu,janganlah kita mempersalahkan golongan pemerintah semata-mata apabila masalah menimpa.Keberadaan dan sikap mereka ditampuk pemerintahan juga disebabkan kita.
Dan kami jadikan orang-orang zalim itu teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.
Surat Al Anam 6:129
Sebaliknya berusahalah untuk beriman dan beramal solih kerana itulah kunci kejayaan di dunia dan akhirat.Hal itu lah yang akan membaiki keadaan kita sekarang.
Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian.Melainkan mereka yang beramal saleh dan mengajak kepada kebenaran dan mengajak kepada kesabaran.
Surat Al Asr 103:1-3
0 comments:
Post a Comment