Syukur kepada Allah Azza Wa Jalla,semalam telah berjalan dengan lancar program Pendidikan Sepanjang Hayat anjuran Management and Science University (MSU),PTPL,serta Utusan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.
Program ini telah dihadiri oleh sekolah-sekolah disekitar daerah Seremban dan kami di SMKPZ telah menjadi tuan rumah bagi program ini.
Mudah diperkatakan bahawa program ini telah berjaya menyuntik semangat kerjasama,keterampilan,keyakinan dalam kalangan pelajar atau dikenali sebagai soft skills.
Pada awal program kami telah mempelajari teknik,menjawab soalan Matematik Moden oleh guru cemerlang Matematik,Puan Noraini binti Kassim dari Sekolah Menengah Sains Seremban.
saudara shukri mencari kemanisan iman tatkala berjemuran
Pada sesi kedua pula kami telah menyertai program Explorace di sekitar kawasan sekolah,melaksanakan pelbagai checkpoint yang disediakan oleh pihak fasilitator.
Beramah mesra bersama Tuan Besar LPP sewaktu acara penyampaian hadiah
Apapun,kami menyucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak MSU,PTPL,Utusan Malaysia serta PPD kerana telah memberi kami pendedahan terhadap perancangan dan hala tuju yang boleh diambil para pelajar pada masa yang akan datang.
*kredit imej kepada Biro Fotografi Majalah Sekolah SMKPZ sesi 2010
Saturday, March 6, 2010
Program Pendidikan Sepanjang Hayat
Posted by PSS SMK Pendeta Za'ba at 10:32 PM 0 comments
Ketaatan kepada pemimpin
*Dipetik dari blog pengerusi PSSSMKPZ.
Alhamdullilah,peluang ini saya akan share sedikit sebanyak kepada teman-teman pembaca tentang keperluan untuk kita (Muslim) taat kepada pemimpin.
Ketaatan kepada Pemimpin
Hari ini barangkali ramai dari kalangan kita memprotes dan menyatakan bahawa demi membaikpulih keadaan politik sedia ada di negara kita,kekerasan perlu digunakan dan rakyat harus bangkit dan menentang kezaliman pemimpin.
Alangkah rugi mereka yang berpendapat sebegini
Islam adalah agama yang mana segala urusan dalam kehidupan ada penjelasannya.
Pada hari ini telah kami lengkapkan agama kamu,penuhi segala nikmatmu dan ridha akan Islam sebagai cara hidup kamu
Surat Al Maidah 5:3
Islam juga adalah agama yang menuntut dari orang yang mengaku mengikutinya supaya taat kepada mereka yang memegang tampuk kuasa,sekalipun kita tidak bersetuju dengan mereka.
Taatlah kepada Allah,taatlah kepada Rasul,dan taatlah kepada pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu berselisih tentang sesuatu,kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasulnya,jika kamu mempercayai akan Allah dan hari akhirat. Inilah jalan terbaik dan lebih baik akibatnya.
Surat An Nisa 4:49
Akan datang pemimpin yang tidak mengikuti ajaran ku dan Sunnahku. Dalam kalangan mereka ada yang berhati syaitan dalam badan manusia. Maka ditanyakan kepada Rasulullah "Apa yang aku patut lakukan jika aku hidup pada masa itu?" Rasulullah menjawab: Kamu patut dengar dan taat kepada pemimpin kamu,sekalipun belakang kamu disebat oleh nya dan harta kamu dirampasnya,Kamu masih patut dengar dan taat kepada pemimpin kamu.
Sahih Muslim Kitab Al-Imara Hadis #4554
Diriwayatkan oleh Auf ibn Malik bahawa Nabi Sallahualaihiwassalam berkata: Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang sayang akan kamu dan kamu sayang akan mereka,yang mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Dan seburuk-seburuk pemimpin kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu,mereka memaki kamu dan kamu memaki mereka. Maka ditanya oleh mereka yang hadir: "Patutkah kita menumbangkan mereka dengan bantuan pedang?" Nabi menjawab: Tidak selagi mereka solat. Jika kamu melihat akan perkara yang tidak disukai dalam pemerintahan mereka,bencilah mereka tetapi jangan keluarkan diri kamu dari ketaatan terhadap mereka.
Sahih Muslim Kitab Al-Imara Hadis #4573
Maka bukan sahaja amalan protes dan demonstrasi ini ditentang oleh Nabi malah membawa kesan yang lebih buruk yang kita jarang kali terlintas dalam benak dada kita:
- Perpecahan dalam ummah
- Ketidakstabilan politik
- Kemunduran dan merudumnya ekonomi
- Dipandang remeh dan dijenakakan oleh golongan non-muslim
- Masalah yang ingin diselesaikan tidak tercapai matlamatnya bahkan membawa konsekuensi yang lebih buruk
Maka akan muncullah golongan pemimpin seperti mana yang dibicarakan melalui Hadis yang diriwayatkan oleh Auf ibn Malik tadi. Akhirnya umat Islam akan ditimpa masalah dan kehinaan di muka bumi seperti mana yang kita lihat berlaku di hadapan mata kita sekarang ini.
Cara mendatangkan kejaayan
Maka oleh sebab demikian,Islam tidak menuntut malah melarang umatnya untuk menggunakan kekerasan bagi mengembalikan kedamaian dan kemajuan sosioekonomi.
Dalam masa yang sama,ia tidak melarang kita untuk berselisih pendapat dan tidak bersetuju dengan tindak-tanduk pemimpin kita.
Cuma,yang membezakan kita dan mereka adalah cara mengendalikan konflik dan tidak persetujuan kita dengan pemimpin.
- Beriman dan beramal salih
- Hikmah
Allah menjanjikan dalam kalangan kamu yang beriman dan beramal soleh yang Allah semestinya akan mengurniakan kepada mereka kekuasaan di muka bumi,memperteguhkan agama mereka yang Allah telah ridha terhadapnya serta menukarkan dari ketakutan,keselamatan. Mereka menyembah Aku dan tidak mempersetukukan Aku dengan perkara lain
Surat An Nisa 24:55
Sesungguhnya Allah akan menolong mereka yang menolong agamanya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.Mereka adalah orang yang jika kami berikan kepada mereka kekuasaan,mereka menunaikan solat,menunaikan zakat,menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang mungkar.Dan kepada Allahlah kembalilah segala urusan.
Surat Al Hajj 22:40-41
Serulah mereka ke Jalan Allah dengan Hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara baik.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sesiapa yang sudah tersesat dari Jalan-Nya,dan Allah-lah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Surat An Nahl 16:125
Sesiapa yang menginginkan untuk menasihati mereka yang memegang tampuk kuasa,maka dia tidak boleh melakukannya dengan terbuka. Namun,dia patut memegang tangan (pemimpin) mereka dan nasihati mereka bersendirian. Dan jika ia menerima nasihat itu,maka telah terselesailah matlamat kamu. Jika dia tidak menerima nasihat kamu,maka ia telah melaksanakan tugas yang diletakkan atas dirinya.
Hadis riwayat Imam Ahmad
Beberapa hikmah untuk diambil kira
- Imam Ahmad juga disebat oleh pemerintah Al Mu'tasim kerana Imam Ahmad Rahimahullah mendapat tentangan dari golongan Muktazilah yang hasad dan benci terhadap Imam Ahmad,barangkali Imam Ahmad menjadi ancaman terhadap kepentingan mereka dan posisi mereka dalam pemerintahan. Namun Imam Ahmad tidak pernah menyuruh pengikutnya untuk memberontak dan protes sebaliknya tetap taat terhadap pemerintah yang zalim.
- Imam Asy-Syafie Rahimahullah diheret dengan rantai dari Yaman ke Baghdad oleh pemerintah Harun Ar Rasyid kerana disyaki menyokong pemberontakan oleh golongan Alawiyyin. Namun tidak pernah beliau memberontak pemerintahnya itu.Sebaliknya cobaan itu telah menjadi satu hikmah dari Allah Azza Wa Jalla yang akhirnya mempertemukan beliau dengan Muhammad Hassan Asy-Syaibani yang akhirnya dia telah menuntut dan berkongsi ilmu bersama Imam Asy Syafie.
Oleh sebab itu,janganlah kita mempersalahkan golongan pemerintah semata-mata apabila masalah menimpa.Keberadaan dan sikap mereka ditampuk pemerintahan juga disebabkan kita.
Dan kami jadikan orang-orang zalim itu teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.
Surat Al Anam 6:129
Sebaliknya berusahalah untuk beriman dan beramal solih kerana itulah kunci kejayaan di dunia dan akhirat.Hal itu lah yang akan membaiki keadaan kita sekarang.
Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian.Melainkan mereka yang beramal saleh dan mengajak kepada kebenaran dan mengajak kepada kesabaran.
Surat Al Asr 103:1-3
Posted by PSS SMK Pendeta Za'ba at 10:30 PM 0 comments
Thursday, March 4, 2010
books of the week 8.3.2010 - 14.3.2010
WRITER : ISAAC ASIMOV
: MARTIN H. GREENBERG
:JOSEPH D. OLANDER
PUBLISHED : GOODWILL PUBLISHING HOUSE
PRINTING : 2007
SYNOPSIS :
Settle in for charmingly insidious, satisfyingly devious mysteries. Each one has its own particular and irresistible appeal - and uxpected twist, a confounding puzzle, a devastating revelation, or a reassuring display os sinister spite. Whether it's The Undfriendly Neighbor or a Class Reunion, a Recipe for Revenge or An Exercise in Insurance, you're sure to be up all night trying to solve stories by some of the most well - known writers in the field, including Michael Gilbert, Edward Wellen, Edward D. Hack, Bill Pronzini, Lawrence Treat, and Francis m. Nevins.
PENULIS : ZAINAL BUANG
KELUARAN : iBOOK PUBLICATION SDN. BHD.
TAHUN KELUARAN : 2006
PENGEDAR : TENGAS COMMUNICATION SDN. BHD.
SINOPSIS :
Andainya engkau tahu betapa jerihnya aku ini berjuang menghadapi kemelut perjuangan meniti gelombang hidup, sudah pasti engkau akan menangis. Engkau akan menangis tersedu - sedu sehingga tiada lagi airmata jernih yang akan mengalir selepas itu. Andainya engkau mengerti betapa peritnya aku berkorban untuk penghidupan ini, engkau tidak akan sanggup berkorban dan mendabik dadamu sebagai manusia yang angkuh.
Harga kejayaan bukan murah. Harga kecemerlangan lagi payah. Lainlah kalau manusia yang pentingkan diri mereka sendiri sahaja. Sayangnya dia bukan manusia seperti itu. Dalam keresahan itu dia teringatkan sahabat karibnya Manan Johar. Ke mana menghilangnya sahabat baiknya yang seorang itu? Sahabat yang sama - sama bercita - cita mahu menjadi insan yang cemerlang...
Untuk maklumat lebih lanjut sila datang ke Pusat Sumber Sekolah S.M.K. Pendeta Za'ba.
Pinjaman buku boleh dilakukan di kaunter pusat sumber sekolah.
Segala kelewatan dalam memulangkan buku pinjaman akan dikenakan bayaran sebanyak
RM 0.20 sehari.
Posted by PSS SMK Pendeta Za'ba at 6:56 PM 0 comments
books of the week 1.3.2010 - 7.3.2010
TITLE : GOOSEBUMPS ( YOU CAN'T SCARE ME! )
WRITER : R. L. STINE
PUBLISHED : SCHOLASTIC INC.
PRINTING : SEPTEMBER 2008
SYNOPSIS :
courtney is a total show - off. She thinks she's so brave and she's always making Eddie and his friends look like wimps.
But now Eddie's decided he's had enough. He's going to scare Courtney once and for all. And he's just come up with the perfect plan.
He's going to lure Courtney down to Muddy Creek. Because Eddie knows Courtney believes in that silly rumor about the monsters. Mud Monsters that live in the creek.
Too bad Eddie doesn't believe the rumor.
Because it just might be true.
PENULIS : KHAIRUL ASWAD RAMLI
TAHUN KELUARAN : 2004
PENGEDAR : RHYTHM DISTRIBUTOR SDN. BHD.
SINOPSIS:
Erlissa yang mewarisi Silhouette daripada ibunya terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan akibat rasa cemburu dan iri hati manusia. Kemuncak kegemilangan Silhouette turut memusnahkan diri dan keluarga Erlissa. Erlissa mati di tangan musuh - musuh Silhouette. Siapakah pembunuh Erlissa? Adakah Fiona yang sememangnya ingin melihat kejatuhan Silhouette. Mungkinkah Azlan, Safuan atau Sufian?
Untuk maklumat lebih lanjut sila datang ke Pusat Sumber Sekolah S.M.K. Pendeta Za'ba.
Pinjaman buku boleh dilakukan di kaunter pusat sumber sekolah.
Segala kelewatan dalam memulangkan buku pinjaman akan dikenakan bayaran sebanyak
RM 0.20 sehari.
Posted by PSS SMK Pendeta Za'ba at 6:23 PM 0 comments
Friday, February 19, 2010
books of the week
WRITER : JACK CANFIELD
: MARK VICTOR HANSEN
:KIMBERLY KIRBERGER
PUBLISHED : SCHOLASTIC INC.
PRINTING : OCTOBER 2002
SYNOPSIS :
Life lessons on tough stuff for teens.
This book gets to the heart of the following issues written by teenagers from his or her experience :-
- On Self-Acceptance
- Drugs & Alcohol
- Learning Difficult Lessons
- Suicide
- Abuse
- Growing Up
- Death & Dying
- And Many More
By reading this book, you will not only get touched with its' contents but also learned some of the way on how these teenagers get on with their lives even with so many obstacles laid in front of them.
TAJUK : AKU YANG DITINGGALKAN
PENULIS : NOR RAFISHAH MD. HASSAN
KELUARAN : RHYTHM PUBLISHING CO. SDN. BHD
TAHUN KELUARAN : 2005
PENGEDAR : RHYTHM DISTRIBUTOR SDN. BHD.
SINOPSIS :
Cinta pertama sukar dilupakan. Bagi Sutina, pengalaman jatuh cinta membuatkan dia ingin melupakan kisah silamnya. Dia gigih mengusahakan restoran makanannya bersama rakan kongsinya, Yusma dan aktif sebagai sukarelawan untuk badan kebajikan. Ketika Sutina cuba mengubat luka di hatinya, Taufik Hidayat dan Isham, sahabat baiknya suatu ketika dulu muncul dalam hidupnya. Taufik menyenangi Sutina yang mengambil berat keadaan anaknya, Safiya yang cacat. Isham pula cuba mendejati Sutina dengan menawarkan diri menjadi rakan kongsinya. Namun kedua-duanya pernah melukakan hati Sutina tanpa mereka sedari. Keadaan menjadi tegang apabila bekas isteri Taufik kembali. Taufik bertekad melamar Sutina manakala Isham menghantar rombongan meminangnya. Siapakah yang berjaya memujuk hatinya? Dapatkah Sutina melupakan luka kisa silamnya dan menyemai kasih baru?
Pinjaman buku boleh dilakukan di kaunter pusat sumber sekolah.
Segala kelewatan dalam memulangkan buku pinjaman akan dikenakan bayaran sebanyak
RM 0.20 sehari.
Posted by PSS SMK Pendeta Za'ba at 1:39 AM 2 comments
Friday, January 22, 2010
Lawatan ke Pameran Raja Berjiwa Rakyat
Khamis lepas (21.1.2010) kami telah melawati Perpustakaan Negeri bagi menyaksikan pameran kecil sempena keputeraan yang ke 62 Duli yang Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pameran kecil itu telah memaparkan sedikit pendedahan kepada kami tentang salasilah dan peristiwa penting disebalik kehidupan 'private' Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Posted by PSS SMK Pendeta Za'ba at 6:23 AM 0 comments