Team PSS SMKPZ bersama Pn Airuzmie berfoto candid gaban di hadapan pameran.
Khamis lepas (21.1.2010) kami telah melawati Perpustakaan Negeri bagi menyaksikan pameran kecil sempena keputeraan yang ke 62 Duli yang Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pameran kecil itu telah memaparkan sedikit pendedahan kepada kami tentang salasilah dan peristiwa penting disebalik kehidupan 'private' Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Trip kecil tersebut juga telah memberi kami sedikit ruang untuk melakukan eksplorasi di perpustakaan negeri.
Saudara Azfa,Jo,dan Ucop "berdiskusi" tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi
menambah baik kualiti perkhidmatan pusat sumber.
Namun setelah setel melihat pameran tersebut apa lagi kan. Mamak marilah.
Apa yang lebih menarik adalah kemunculan tiba-tiba Yang berhormat Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau yang sempat juga berkongsi sesi foto bersama kami librarian ini :)

YB Khairy Jamaluddin bersama team PSS SMKPZ.note the mee goreng and sirap bandungs :D