THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

Wednesday, May 2, 2012

Promosi buku minggu ini


Minat baca buku yang misteri ? Penulisan lain sedikit dari buku dongeng yang lain ? Minggu ini pustakawan yang bertanggungjawab akan mempromosikan sebuah buku bertajuk Rahsia Nilam Sari.

Sinopsis


Kitab Nilam Sari,kitab yang tua, seusia lautan dan daratan, sarat dengan ilmu dan hikam, kini berada dalam amanah Nadim, awaris terakhir Nilam Sari.

Nadim telah diarahkan oleh ayahnya, Perkasa Sukma untuk menyelesaikan amanat terakhir yang tertera di dalam kitab itu. Tetapi kitab Nilam Sari bukan sembarangan kitab. Ia kitab hati kitab yang akan memaparkan isi-isinya mengikut niat pemiliknya. Jika hati pemiliknya suci maka benarlah isi-isinya, tetapi jika pincang niat pemiliknya, maka sesatlah ia.


Dapatkah Nadim mengikut jejak langkah ayahnya yang berjaya mensucikan hatinya utnuk membaca amanat terakhir kitab itu ? Ikutlah suka duka dan kisah pengembaraan Nadim dalam usahanya untuk membongkar RAHSIA KITAB NILAM SARI.


Saturday, March 31, 2012

Lawatan PSS ke Pesta Buku di Kolej Uniti,Pasir Panjang, Port Dickson


Semalam (31 Mac 2012) pihak PSS SMKPZ telah menghantar sebuah rombongan yang terdiri daripada 16 orang pustakawan, 5 orang pelajar tingkatan 1 dan 4 orang guru pengiring ke Karnival Pesta Buku di Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson. Bas dari sekolah bertolak tepat pukul 8.12 pagi. Aktiviti pertama yang telah dilakukan adalah mencari tempat untuk makan pagi, dua kali berhenti akhirnya kami berhenti makan di RnR Port Dickson. Pn. Rahana telah menyediakan bungkusan me dan bihun goreng untuk santapan semua. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Tentera Darat, malangnya ketika itu muzium masih lagi belum dibuka, dan sebaik sahaja pagar dibuka, kami terus menyerbu masuk.

Kami semua dibenarkan berkeliaran di dalam kawasan muzium, ia mengambil masa lebih kurang sejam sebelum kami bertolak ke Karnival Buku tersebut, kami tersesat pada pertama kali , rupanya Karnival tersebut di adakan di Tg. Agas, agak jauh ke dalam.

Kami sampai tepat pada pukul 12 tengah hari, kami diberi 2 jam untuk dihabiskan di pameran tersebut, pelbagai pameran telah diadakan termasuk sesi tandatangan dengan penulis novel, antaranya Ramlee Awang Murshid (Penulis novel thriller no.1 Malaysia) dan Aleya Aneesa. Setelah selesai, kami beredar ke Masjid di Telok Pelandok untuk solat Zuhur kemudian beredar ke Teluk Kemang untuk makan tengah hari, kami juga diberi masa sejam disitu sebelum bertolak pulang. Tepat jam 4.20, kami tiba di sekolah. The End =)